|
JK Portal |
Penasihat : Tuan Haji Alias bin Talib Ketua Penolong Pengarah
Pengurus Portal : Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi bin Hassan
Super Administrator : Encik Azmi bin Haji Isa
Webmaster : YM Ku Ahmad bin Ku Ibrahim. YM Tuan Rosmawati binti Tuan Mohd. Encik Mazli bin Saad. Encik Mohd Tarmizi bin Che Min. Encik Wan Mohd Mahdi bin Khaldin. Encik Nor Azwari bin Che Mt. Nor Editor : (Semua Ketua Unit) Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim. YM Tengku Mohd Abdussalam bin Tengku Awang. Tuan Haji Wan Mohd. Zuhaidi bin Hassan. Encik Ahmad Jadid bin Jusoh. Encik Nize bin Muhammad. |
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
Siaran Langsung Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu |
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Wednesday, 16 May 2012 |
|
|
|
Last Updated ( Thursday, 17 May 2012 )
|
|
|
Latihan eBOOK dan Kelas Maya Daerah Marang |
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Friday, 18 May 2012 |
|
 Kursus Pengintegrasian eBook dan Kelas Maya Daerah Marang telah berlangsung pada 14 hingga 15 Mei 2012 yang lalu. Kursus ini merupakan siri yang ketujuhdan dikendalikan oleh PTP PKG dan lapan orang Jurulatih Utama Daerah Marang yang telah diberi latihan awal untuk mengendalikan kursus seumpama ini. Latihan telah dibuat secara sesi selari iaitu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 adalah Pendedahan Mythware manakala kumpulan yang kedua adalah Pendedahan Media Baru. Majlis Pembukaan dan Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi Wan Hassan, Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media yang mewakili KPP BTPN Terengganu. Semoga pendedahan ini akan memberi panduan kepada guru-guru Daerah Marang bagi merealisasikan penggunaan eBOOK dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran ( PDP ) sekaligus menyahut slogan kerajaan negeri Terengganu – “ Rakyat Terengganu Celik IT”. | Berita : PKG Bukit Payong |
|
Last Updated ( Friday, 18 May 2012 )
|
|
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Friday, 11 May 2012 |
|
|
|
Last Updated ( Friday, 11 May 2012 )
|
|
|
Kursus Pemantapan Juruteknik Komputer Sekolah-Sekolah Pusat Akses Terengganu |
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Thursday, 17 May 2012 |
 Kursus Pemantapan Teknikal dan Kemahiran Pengkomputeran untuk Juruteknik Komputer (FT17) Sekolah-Sekolah Pusat Akses Negeri Terengganu telah diadakan dari 8 hingga10 April 2012 di BTPN Terengganu. Seramai 27 Juruteknik Komputer Sekolah-Sekolah Pusat Akses bagi Daerah Hulu Terengganu dan Setiu telah hadir mengikuti kursus ini. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya tugas-tugas pengurusan aset ICT di BTPN, PKG dan sekolah-sekolah ahli. Di samping itu ia juga dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran dalam menyelenggara kemudahan dan perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah berkaitan teknikal. Fasilitator kursus ini adalah terdiri daripada staf UPICT. Antara tajuk yang telah diberikan oleh fasilitator adalah seperti Support Ticketing System (STS), Pengurusan dan Pengoperasian, Hardware Basic & System Configuration, Safety & Preventive Maintenance, Networking Fundamental, System Security, Aplikasi Web Server, Smart School Qualification Standards (SSQS) dan juga sesi amali (hands-on). | Berita: UIICTKP |
|
Last Updated ( Friday, 18 May 2012 )
|
|
|
Lawatan Muhibbah SMK Tinggi Melaka |
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Tuesday, 15 May 2012 |
|
 Satu rombongan dari SMK Tinggi Melaka telah melawat BTPN Terengganu pada 13 Mei 2012. Lawatan ini disertai oleh guru-guru Bahasa Inggeris SMK Tinggi Melaka dan dua buah sekolah berdekatannya iaitu SMK St Francis dan SMK Padang Temu. Lawatan diketuai Ketua Bidang Bahasa, Pn Abidah bt Md Yusof. Satu taklimat berkaitan BTPN Terengganu dan projek-projek Inovasi BTPN Terengganu telah disampaikan kepada ahli rombongan berkenaan oleh En Ahmad Jadid Jusoh (Ketua Unit Latihan BTPN Terengganu). Taklimat berkaitan dengan program peningkatan Bahasa Inggeris di negeri Terengganu juga telah diberikan oleh Cik Nurul Huda Bt Omar, Penolong Pengarah,Unit Bahasa Inggeris, JPN Terengganu. | Berita: UIICTKP |
|
Last Updated ( Friday, 18 May 2012 )
|
|
|
Kursus Pengurusan Dan Perancangan Strategik Dalam Pembangunan Pendidikan Bestari Zon Timur |
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Friday, 11 May 2012 |
|
 Kursus Pengurusan dan Perancangan Strategik dalam Pembangunan Pendidikan Bestari untuk pegawai BTPN Zon Timur telah diadakan dari 7 hingga 10 Mei 2012 di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu. Kursus ini merupakan gabungan tiga buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang. Kursus ini diurusetiakan oleh BTPN Kelantan sebagai tuan rumah bagi Pegawai BTPN. Pelbagai pengisian telah dibuat bagi melancarkan kursus ini antaranya senamrobik, jungle tracking, aktiviti team building, malam budaya dan ceramah daripada ketiga-tiga KPP dan YBhg. Datuk Hassan Harun yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Stres. Ternyata kursus ini dapat mencapai objektifnya di mana sesi akhir memperlihatkan refleksi yang disampaikan oleh setiap kumpulan berkesan sekali. Syabas dan tahniah kepada BTPN Kelantan. Semoga bertemu lagi pada kursus seterusnya bagi Pegawai PKG di Janda Baik, Pahang yang akan diurusetiakan oleh BTPN Pahang. | Berita: JK Portal |
|
Last Updated ( Saturday, 12 May 2012 )
|
|
Read more...
|
|
| | << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
| | Results 1 - 26 of 268 | |
| |
|
 |
|
Pengiktirafan SIRIM |
|
 BTPNT telah menerima MS ISO 9001:2008 pada 19 Januari 2011 |
|
Makluman |
|
|
|
Kalendar Hijrah |
| Jamadil Akhir |
27
Sabtu
|
| 1433 HIJRAH |
|
|
eHandbook |
 [Sila Klik] |
|
Statistik Pelawat |
| Hari Ini: |
114 |
| Hari Sebelum: |
259 |
| Bulan Ini: |
3893 |
| Jumlah Pelawat: |
226024 |
|
|
Statistik Pengguna |
 | 622 registered |
 | 0 today |  | 0 this week |  | 0 this month |  | Last: aztqa6002 | |
|
Arkib Berita |
-
December, 2010
-
November, 2010
-
October, 2010
-
September, 2010
-
August, 2010
-
July, 2010
-
June, 2010
-
May, 2010
-
April, 2010
-
March, 2010
-
February, 2010
-
January, 2010
-
December, 2009
-
November, 2009
-
October, 2009
-
September, 2009
-
August, 2009
-
July, 2009
-
June, 2009
-
May, 2009
|
|